Wednesday, February 1, 2017

Cengal

Untuk pengetahuan mu orang, kami hanya buat produk dari kayu pokok cengal. Mu orang tau dop pokok cengal nim? Bakpe spesel ngat kayu ni di kalangan peminat seni kayu? haa...meh aku citer sket.

POKOK CENGAL ni nama saintifiknya (Neobalanocarpus heimii). Sejenis spesis pokok kayu keras yang agok popular di kalangan penggiat industri perkayuan di Malaysia. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand yang mana menjadikan spesis pokok ini agak istimewa. Payoh nok buleh boh..

Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Ketumpatan kayu ni adalah antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu. Besenye orang guna dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot dan kapal, buat tiang letrik, tiang rumah lama, buat jambatan dll. Sebab ape? Sebab kayu ni boleh digunakan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai dan perubahan cuaca.


Tangga surau cengal





Ini la antara sebab ramai pilih jenis kayu ni untuk buat perabot, rumah, wakaf..bukan takdok kayu lain, tapi kayu ni menawarkan ketahanan yang super, pendek kata sampai dapat guna 3-4 generasi..tanpa mengalami perubahan fizikal yang drastik.

Antara lain, bestnya kayu ni ialah, makin lama, makin terserlah warna 'tough' dia..coklat ke arah hitam..seperti ada pepatah mat salleh kata, 'hitam tu menawan'..


No comments:

Post a Comment